NOVEMBER 2023

Tuanku Sultan Selangor Saksi Regatta Sarawak


KUCHING: DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada petang Abad telah berkenan berangkat untuk menyaksikan Regatta Sarawak di Tebingan Kuching. 

Tuanku Sultan telah berangkat tiba di sini pada petang Sabtu dari Bintulu setelah berkenaan menyampaikan skrol kepada para graduan sempena konvokesyen Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu sebagai canselor Universiti tersebut. 

Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg turut berada di Tebingan Kuching untuk menyambut ketibaan Baginda yang ditemani oleh Permaisuri Tengku Hajjah Norashikin. 

Sama-sama hadir Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni dan menteri-menteri kabinet lain.

Sumber dari : Sarawakku